Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau tidak dapat menyokong peruntukan belanjawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan, ini berikutan tiada apa-apa cadangan atau dasar baru daripada KPM dalam belanjawan bagi membawa hala tuju pendidikan semasa mengikut peredaran zaman dan menggunakan teknologi baru.