Percubaan menggugat kestabilan kerajaan oleh sesetengah pihak dalam parti telah menjejaskan hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras membentuk kerajaan Perikatan Nasional, kata Annuar Musa
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, tindakan itu juga bercanggah dengan akujanji dan etikanya sebagai seorang ahli kabinet.
Selain itu katanya, pertelagahan terbuka di kalangan ahli Umno telah menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap visi yang dibawa oleh parti.
Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/1273840899663792