Nazri Aziz pula tarik sokongan, dakwa PN hilang majoriti

KiniTV 2021-01-12

Views 3

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini.

Sidang media Nazri itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hanya beberapa jam selepas Muhyiddin menyampaikan ucapan berkenaan pelaksanaan darurat di negara ini.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/558598
Sumber video: https://www.facebook.com/aizatashrafofficials/videos/10157506795837294

Share This Video


Download

  
Report form