Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos hari ini menegaskan akan meneruskan usaha untuk mendedahkan pihak yang terlibat termasuk pihak berkuasa yang bersubahat dalam kegiatan judi haram di Selangor.
Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu Jamal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=219261783207947&ref=watch_permalink