Dayana Roza memberitahu kehidupannya tidak banyak berubah setelah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember lalu.
Bercakap tentang cahaya mata, ujar Dayana, 30, dia dan suami iaitu A'dale Adham Ayahudin teruja untuk mendapatkan zuriat namun menyerahkan hal ini kepada rezeki.
“Untuk cahaya mata kami memang tiada apa-apa plan, kalau Allah kata nak bagi rezeki, kita terima dan kalau rezeki itu lambat kita sabar dan tunggu.
“Saya dan suami pun memang suka baby, dan kalau ikutkan memang kami teruja nak tunggu. Kalau ada rezeki, adalah la,” ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dayana berkata dia mula menceburi bidang perniagaan makanan bagi mengisi masa lapang.
“Kita dah biasa kerja, lepas tu PKP tak ada nak buat apa.Saya pun macam terfikir nak masak-masak dan cuba untuk jual makanan.
“Saya memang suka masak tapi tak pernah buat benda-benda macam ni... seronok juga tapi jangan ambil order banyak-banyak,” katanya.