Seramai 36 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah, telah dijangkiti Covid-19.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Masidi Manjun, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 dalam sidang media hariannya petang semalam.