Kes Covid-19 di Malaysia kekal tinggi apabila 3,048 kes baharu dicatatkan hari ini.
Selangor mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 1,035 kes, diikuti oleh Johor 529 kes dan Sabah 348 kes.
Perkembangan itu menjadikan kes aktif di Malaysia sebanyak 41,076 kes.
Sementara itu, 3,638 lagi pesakit disahkan sembuh hari ini.
11 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah 689 kes