Memandangkan kemudahan kesihatan sedia ada semakin terhad, KKM menetapkan pada 12 Januari lalu bahawa pesakit Covid-19 tahap satu dan dua perlu menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah.
Sementara itu menurut laporan Malaysiakini, sebanyak 73 daripada 512 kematian Covid-19 direkodkan berlaku sebelum tiba di hospital sejak Disember lalu.
Dua pesakit Covid-19 yang dihubungi KiniTV menyuarakan kekecewaan kerana tidak dihubungi atau dapat menghubungi pejabat KKM bagi mendapatkan maklumat tindakan selanjutnya setelah disahkan positif virus itu.