Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan dilanjutkan sehingga 4 Mac depan.
Negeri-negeri lain iaitu Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, Labuan dan Putrajaya pula dikenakan PKP Bersyarat (PKPB).
PKP Bersyarat (PKPB) di Sarawak akan dilanjutkan bermula 15 Feb hingga 1 Mac.
Sementara itu PKP Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan di Perlis mulai 19 Feb hingga 4 Mac.