Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Premesh Chandran telah membuat pembayaran RM500,000 kepada mahkamah persekutan di Putrajaya, pagi tadi.
Pada Jumaat lalu, Malaysiakini didenda RM500,000 atas dakwaan menghina mahkamah oleh Mahkamah Persekutuan. Ia berhubung dengan komen pembaca portal berita itu.
Bagaimanapun, kutipan sumbangan daripada orang ramai berjaya mengumpul lebih RM500,000 dalam masa kurang lima jam bagi membayar denda berkenaan.