Pandai sungguh Coki buat duit... dah jual satay pula, tapi memang sedap!

mStar Malaysia 2021-03-03

Views 24

USIA 16 tahun tidak menghalang Coki untuk bergelar usahawan.

Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, keluarga adalah pemangkin semangat untuk dia bekerja keras hingga mencuba bakat dalam bidang lakonan dan terbaharu bergelar usahawan.

“Saya memang minat nak buat bisnes… saya percaya kalau kita usaha insyaAllah rezeki datang, rezeki tak pernah salah alamat.

“Saya ingat famili… selalu doa ya Allah saya nak tolong famili,” katanya kepada mStar.

Coki kini menjalankan bisnes satay secara dalam talian selain menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang.

Share This Video


Download

  
Report form