Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melanjutkan pengajian dalam pengajian Dasar Awam di Universiti Nasional Singapura selama sebulan.
Beliau turut berhasrat menyumbangkan gajinya sebagai ahli parlimen bagi bulan Mac kepada pasukannya untuk memastikan operasi pejabat parlimen Muar berjalan lancar.