Kekecohan yang berlaku pada Konvesyen DAP Perak ke-19 semalam hanya melibatkan pertengkaran mulut dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan berlaku melibatkan anggota perwakilan DAP semasa konvesyen berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, pada kira-kira pukul 11 pagi.