Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, diminta melengkapkan pendaftaran mereka bagi membolehkan tarikh janji temu diatur.
Menteri penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya dimaklumkan individu terbabit hanya mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan ketika mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.