Bagi meredakan keresahan ramai, pasangan selebriti Isa Khan dan Risteena diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah faham yang dicetuskan mengenai perjalanan rentas negeri ke Sabah baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ia adalah jalan terbaik bagi memastikan semua pihak mendapat maklumat yang tepat dalam isu berkenaan.
"Pihak polis dah nasihat mereka supaya counter balik dengan netizen di media sosial untuk minta maaf.