Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Ismail Lasim menasihatkan parti itu agar tidak menutup sepenuhnya pintu kerjasama dengan Bersatu walaupun memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama menjelang PRU-15.
Ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung 2020, beliau berkata Umno mungkin memerlukan Bersatu untuk membentuk kerajaan baru jika memenangi pilihan raya umum kelak.