Penyampai Radio Sharifah Shahirah memberitahu dia kurang pasti mengenai tahap keseriusan masalah kesihatan mental yang dihidapi adiknya iaitu Sharifah Sakinah.
Ujar Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, adiknya kurang berkongsi masalah peribadi kepada keluarga sendiri.
“Ini masalah awak, simpan dan selesaikan sendiri. Sakinah pun tak datang kat keluarga, dia suka buat hal sendiri.
“Dia dah besar kot, dia ada mental ke? Saya tidak tahu apa plan dia, dia nak buat apa dia buat… tapi kalau esok nak kahwin jemputlah saudara,” katanya kepada mStar
.
Pada 18 Mac lalu, Sharifah Sakinah berkongsi bingkisan video temu bual bersama pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkenaan masalah kesihatan.
Malah Sakinah memberitahu dia akan menetap di luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya.