Rupa-rupanya umur Jaafar Onn dah cecah 70 tahun! Tapi masih sihat, bebas penyakit 3 serangkai

mStar Malaysia 2021-04-05

Views 2.7K

Jaafar Onn melahirkan rasa syukur apabila diberikan kesihatan yang baik walaupun sudah berusia 70 tahun.

Ujar Jaafar dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik termasuk kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

“Saya mengamalkan makanan herba bagi menjaga kesihatan sejak dulu lagi..

“Saya tak ambil gula… memang rumah saya tiada gula dan saya selalu amalkan air lemon tanpa gula setiap pagi, petang dan malam,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Jaafar berkata tidak mempunyai masalah untuk memenuhi tawaran lakonan yang diberikan kepadanya walaupun pada usia emas.

“Saya tiada masalah sebab mempunyai pembantu peribadi, dia akan bawa kereta… makan minum kita semua dia jaga,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form