Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin berkata beliau bersedia menerima apa sahaja kemungkinan mengenai hubungan kerjasama partinya dan Umno.
"Umno hendak putus atau atau teruskan kerjasama, kita jalan terus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis di Ampang Jaya hari ini.