Telekom Malaysia tidak terjejas dengan keputusan Facebook dan Google untuk tidak melibatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut, kata CEOnya Imri Mokhtar.
Imri berkata, Telekom mempunyai sambungan kabel antarabangsa yang mencukupi dan merupakan sebahagian daripada 30 kerjasama sistem kabel bawah laut antarabangsa.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kompleks TM, Cyberjaya hari ini.