Dipukul kerana berpuasa: Polis tahan empat individu

KiniTV 2021-04-15

Views 8.6K

Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir kerana berpuasa.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan.

Share This Video


Download

  
Report form