Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjelaskan beliau tidak akan menyertai bidang politik selepas bersara daripada pasukan polis pada 3 Mei depan.
"Saya faham apa itu politik, sebab itu saya tak akan masuk (politik)", katanya kepada pemberita dalam sidang medianya hari ini.