Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke sering dilihat sebagai pemimpin yang bakal menggantikan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti itu.
Ia adalah ‘rahsia terbuka’ apabila pelbagai pihak menyedari bekas menteri kewangan itu memang dilatih dalam parti untuk mengambil alih jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, Loke kekal merendah diri dan mengaku tidak pernah menginginkan jawatan tersebut.
Menerusi wawancara dengan Malaysiakini dan KiniTV Khamis lalu, ahli politik berusia 44 tahun itu berkata, dia bersedia menerima jawatan setiausaha agung jika diberikan mandat oleh perwakilan parti.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/573016