Pengarah drama Nur Shahrulezad Mohameddin berkata, dia terpaksa tampil membidas kenyataan Zed Zaidi bagi menjaga hati peminat naskhah popular tersebut.
Ujar Shahrulezad, drama Nur mempunyai pengikut yang besar sejak ia mula ditayangkan pada tahun 2018.
“Saya tak rasa sakit hati atau tersinggung tapi saya kena jaga hati peminat drama Nur.
“Suka atau tidak, pengikut drama Nur sangat besar. Jadi apabila Zed berkata drama Nur tiada kualiti, syok sendiri yang saya fikir sekarang ini adalah peminat!” ujarnya kepada mStar.