Guru lelaki yang didakwa membuat jenaka rogol seperti didedahkan pelajar Ain Husniza Saiful Nizam, telah digantung tugas sementara waktu di SMK Puncak Alam, Selangor
Penggantungan sementara itu bagi menunggu siasatan polis dijalankan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan guru tersebut telah ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.