Sebanyak 7,289 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini selepas beberapa hari jangkitan baru mencatat lebih 6,000 kes.
Ini merupakan kes harian tertinggi pernah direkodkan dalam negara
Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,642 kes diikuti oleh Johor 664 kes dan Kuala Lumpur 604 kes.
60 lagi kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 2,369 kes.