Menteri Sumber Manusia M Saravanan menyatakan kekhuatirannya mengenai pekerja asing tanpa izin yang mungkin akan tercicir daripada mendapatkan vaksin.
Katanya beliau bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dalam pendekatan untuk memberikan vaksin kepada semua lapisan masyarakat termasuk pekerja asing tanpa izin.
Justeru beliau meminta majikan-majikan melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Imigresen sekiranya masih menggajikan pekerja tanpa izin supaya mereka dapat diberikan vaksin.