Susulan peningkatan kes Covid-19 di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil keputusan untuk melaksanakan pengesanan kes aktif Covid-19 secara besar-besaran.
Menterinya, Annuar Musa berkata, ujian saringan yang akan dilaksanakan secara percuma itu dijangka bermula bulan depan.