'Apa link CIMS 3.0? Saya nak suruh Speaker mohon untuk parlimen' - Najib

KiniTV 2021-06-01

Views 462

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak secara sarkastik menyuruh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun supaya membuat permohonan kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Najib kononnya bertanya kepada pengikut Facebooknya apakah pautan portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diseliakan Miti.

Hal ini kerana katanya untuk dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat supaya Parlimen dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu.

Share This Video


Download

  
Report form