Tindakan sekumpulan penduduk menunaikan solat jemaah di masjid tanpa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan membawa padah apabila dikesan pihak polis.
Dalam kejadian di sebuah masjid dan surau di Pasir Mas, Kelantan pada malam Ahad lalu, 37 individu telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu berselawat ketika dibawa menaiki trak polis untuk tindakan lanjut.