Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan pilihan raya simulasi berikutan kekecewaan pengundi terhadap sebilangan wakil rakyat mereka yang melompat parti.
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata pilihan raya semula secara simulasi adalah mekanisme pilihan raya yang membolehkan pengundi membuat petisyen pilihan raya di pertengahan penggal.
Iaitu katanya, untuk menyingkirkan atau memecat wakil rakyat dari kawasan mereka jika tidak berpuas hati dengan tindakan atau prestasi seseorang wakil rakyat itu.
Sumber video: https://www.facebook.com/BERSIH2.0/videos/489636269007529