'Saya bukan nak bagi alasan, tapi ini masalah global' - Khairy

KiniTV 2021-06-24

Views 922

Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, tindakan membangkitkan isu ketidakadilan vaksin bukan alasan untuk mempertahankan program vaksinasi yang perlahan, sebaliknya menekankan ia adalah masalah global.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu merujuk graf yang dikeluarkan oleh sebuah penerbitan saintifik, yang menunjukkan negara-negara maju mempunyai bekalan vaksin jauh melebihi populasi negara mereka.

Katanya, Malaysia juga mendahului negara-negara jiran jika dilihat angka populasi negara yang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Share This Video


Download

  
Report form