Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata sehingga semalam negara telah mencapai 15.1 peratus mereka yang disuntik dos pertama dan 5.8 peratus telah lengkap suntikan dua dos sehingga 24 Jun.
"Jadi kita semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus yang diperlukan untuk kita membuat peralihan kepada fasa dua (sekatan pergerakan penuh)" katanya dalam sidang media program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan yang bermula hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/900392223845439