PM umum Bantuan Khas Covid-19, termasuk untuk M40

KiniTV 2021-06-28

Views 844

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan sebagai pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di bawah pakej rangsangan baru yang dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Antara lain, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.

Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Share This Video


Download

  
Report form