Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Ameer Ali Mydin mengatakan, kerajaan memerlukan strategi dan naratif baru dalam memerangi wabak Covid-19.
Katanya, kerajaan tidak seharusnya bergantung kepada kuncitara (lockdown)
dan harus membuka semula negara termasuk perniagaan dan taman-taman awam dengan prosedur operasi standard.
Ameer berkata demikian semasa sidang media maya anjuran Industries Unite (IU) semalam.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Ql10c3G0zFM