Eksekutif tidak boleh mengawal dan menentukan urusan di Parlimen memandangkan legislatif mempunyai bidang kuasanya sendiri berdasarkan perlembagaan, kata ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal.
Shafie turut menegaskan sebarang perubahan undang-undang dan proklamasi darurat perlu melalui proses perbahasan dan pengundian terlebih dahulu di Dewan Rakyat.