Pharmaniaga Berhad mempunyai lebihan 3.2 juta dos vaksin Sinovac dalam simpanannya, kata Noh Omar (BN-Tanjung Karang) kepada Dewan Rakyat hari ini.
Noh berkata demikian ketika mempersoalkan mengapa kerajaan negeri dan syarikat swasta masih belum boleh membeli sendiri vaksin untuk keperluan mereka.