Walaupun Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa kerajaan PN masih mempunyai sokongan majoriti di parlimen, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berpendapat perkara itu perlu dibuktikan.
"Dia menteri, dia anak Pahang, dia faham tak (maksud) derhaka? Dia faham atau tidak titah diraja? Dia faham atau tidak peranan parlimen?" kata Anwar pada sidang media di parlimen petang ini.