PALING mencuri perhatian pembaca dan penonton mStar minggu ini mengenai pertukaran pengacara program Melodi iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick.
Selain itu, tindakan pelakon Lana Nodin meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan memakan diri selepas dia akhirnya dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon itu.
Minggu ini turut hangat dengan kisah penyanyi Siti Nordiana, Elyana dan Harry Khalifah.