Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa semua ahli-ahli Parlimen termasuk daripada Umno untuk membuat pendirian mereka berhubung isu pembatalan ordinan darurat baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, pembatalan ordinan darurat yang dibuat kerajaan bukan isu partisan, sebaliknya perkara itu melibatkan perlanggaran Perlembagaan Persekutuan.