Pergolakan dalaman PKR Negeri Sembilan dan isu nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara, merupakan agenda utama dalam mesyuarat kepimpinan parti itu minggu ini.
Perkara itu disahkan oleh pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.