Dakwaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipengaruhi politik dan tidak membuat pertimbangan meenyeluruh apabila mendakwa bekas ahli Lembaga Pengarah Felda, Noor Ehsaruddin Mohd Harun Norrassid pada tahun 2019 amat merunsingkan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zakarshi berkata, kenyataan terbuka oleh Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang itu adalah serius dan berat.