Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat dan mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion untuk projek pembangunan sambungan dan baru.
Menurut Ismail, pandemik Covid-19 telah memaksa kerajaan untuk tidak terlalu memberi fokus kepada projek pembangunan sebaliknya lebih mengutamakan krisis kesihatan.