Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan penahanan tujuh individu yang menjadikan sebuah unit pangsapuri di Kota Persiaran Southkey di Johor Bahru sebagai pusat panggilan atau 'call centre'.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan jam 10.15 malam pada Khamis lalu itu berjaya menangkap tujuh individu terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan berusia 18 hingga 34 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian ditahan.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek ditangkap berperanan sebagai operater tambah nilai dan cuci kredit selain berperanan berinteraksi dengan pelanggan untuk mempromosikan judi dalam talian.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/233186475451391