Kelakar tengok Aiman Kecek Kelate bercakap, pekat betul! Orang kata sebab banyak makan budu...

mStar Malaysia 2021-09-30

Views 48

EMPAT TAHUN menetap di Kelantan untuk mendalami agama dan budaya, jejaka yang berasa United Kingdom (UK) iaitu Aiman Nasir Wynne mula mendapat perhatian kerana mampu untuk bertutur dengan baik dalam loghat Pantai Timur.

Ujar Aiman atau lebih dikenali sebagai Aiman Kecek Kelate, dia mengambil masa tiga tahun untuk menguasai dialek berkenaan.

“Dalam masa dua tahun saya mampu faham je, untuk bercakap ambil masa tiga hingga empat tahun sebab nak belajar perkataan tu ambil masa lama sikit.

“Saya selalu salah faham kalau orang tanya dalam bahasa Melayu, inshaAllah boleh beli buku perlahan-lahan untuk belajar,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aiman teruja apabila penyampai radio Issey sudi untuk menghadiahkan sebuah buku kepadanya.

“Minggu lepas Issey ada poskan buku glosari senarai istilah Kelantan... dia pos dekat sini jadi saya boleh belajar sikit dialek Kelantan,” katanya yang sudah kembali ke Briston, UK.

Share This Video


Download

  
Report form