TEMPOH singkat untuk bergelar ibu bapa sudah pasti menjadi pengalaman yang cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.
Walaupun hanya tiga hari, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila zuriat sulungnya yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari Khamis.
Ketika ditemui mStar, Azmi berkata sejak anak yang diberi nama Khairul Afnan dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu, mereka sudah dimaklumkan tentang masalah dialami bayi tersebut.