Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata lebih 1,600 menara akan dibina di kawasan pedalaman sebelum akhir tahun depan bagi menyelesaikan masalah rangkaian internet yang tidak memuaskan.
Katanya, sebanyak lebih 800 lokasi telah dikenalpasti sebagai kawasan terpencil pedalaman yang akan dibina menara tersebut.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama RTM, semalam.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=yilHoC-sH7c