Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini menolak usul tergempar bagi membahaskan pendedahan Kertas Pandora dengan segera.
Sebaliknya, dia berkata, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi) ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Menjawab soalan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, Azhar berkata bahawa Kertas Pandora memang merupakan perkara penting namun tidak memenuhi kriteria untuk dibahaskan dengan segera.