Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob hari ini mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah.
Beliau juga berkata tindakannya itu merupakan keputusan peribadi tanpa tekanan sesiapa dan telah berbincang dengan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebelum berbuat demikian.