Susulan pelancaran Parti Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh adik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, seorang pemimpin Umno hari ini menggesa kerajaan meluluskan permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti politik.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, tidak ada sebab mengapa kerajaan perlu takut kepada bekas menteri belia dan sukan yang juga presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.